Close

Samsung Galaxy A17 5G dan A07 tiba di Malaysia dengan harga bermula RM899

Samsung Malaysia kini menawarkan dua peranti baru untuk pasaran tempatan melalui model Galaxy A17 5G dan A07 LTE. Hadir dengan spesifikasi yang menarik dengan harga jualan mampu milik.

Galaxy A17 5G dilengkapi dengan skrin Super AMOLED 6.7-inci dengan resolusi FHD+ dan menyokong paparan 90Hz. Dikuasakan dengan cip Exynos 1330 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Dari segi fotogtrafi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 6MP Ultra Lebar + 2MP Makro dan swafoto 13MP. Dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan 25W. Peranti ini menjalankan One UI 7 berasaskan Android 15 dan akan menerima kemaskini sehingga 6 tahun untuk Android dan keselamatan.

Untuk Galaxy A07 LTE, ia hadir dengan skrin LCD bersaiz 6.7-inci dengan resolusi HD+ dan menyokong paparan 90Hz. Dijana dengan cip Mediatek Helio G99 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 2MP dan swafoto 8MP. Dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 25W. Turut menjalankan sistem operasi One UI 7 berasaskan Android dan menyokong kemas kini sehingga 6 tahun untuk Android dan keselamatan.

Di Malaysia, Samsung Galaxy A17 5G dijual pada harga bermula RM899 untuk 8GB + 128GB dan RM999 untuk 8GB + 256GB. Manakala, untuk Samsung Galaxy A07 LTE harga jualan masih belum diumumkan. Seiring dengan ketibaannya, Samsung menawarkan rebat RM100 (Galaxy A17 5G) dan juga 25W Travel Adapter secara percuma untuk setiap pembelian Galaxy A17 5G dan Galaxy A07.

ARTIKEL BERKAITAN