Close

OnePlus mungkin guna sistem kamera baru pada OnePlus 15

Selepas beberapa tahun bekerjasama dengan Hassleblad, OnePlus bakal memperkenalkan sistem kamera baru yang dibangunkan sendiri dengan nama Image Engine.

Menurut laporan, Image Engine dibangunkan untuk memberi kawalan penuh pada sistem pemprosesan foto dan juga video. Sistem kamera ini dikatakan hadir dengan alogritma imej yang lebih canggih dengan kebolehan untuk menambah baik butiran pada situasi cahaya rendah, warna kulit yang lebih semula jadi dan meningkatkan julat dinamik.

OnePlus 15 bakal menjadi peranti pertama dari OnePlus yang akan dilengkapi dengan sistem kamera Image Engine. Peranti ini akan menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor 50MP dan akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite 2.

Bercakap mengenai kerjasama antara OnePlus dan Hasselblad, tiada maklumat sama ada kerjasama tersebut akan diteruskan atau sebaliknya. Terdapat laporan menyatakan, kerjasama tersebut mungkin tidak akan diteruskan seiring dengan ketibaan sistem kamera buatan sendiri.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN