Close

realme 15T diperkenalkan – Guna cip Dimensity 6400 Max, bateri 7000mAh dan pengecasan 60W

realme 15T diperkenalkan secara rasmi di India, merupakan model ketiga dalam siri realme 15. Model ini menawarkan keseimbangan dari segi prestasi dan ketahanan bateri sesuai untuk pengguna yang mahukan peranti berkuasa sepanjang hari.

realme 15T hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.57-inci dengan resolusi FHD+. Menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak sehingga 4000 nits. Dikuasakan dengan cip MediaTek Dimensity 6400 Max yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 2MP Kedalaman dan swafoto 50MP. Dimuatkan dengan kapasiti bateri yang besar 7000mAh yang menyokong pengecasan 60W. Peranti ini menjalankan sistem operasi realme UI 6.0 berasaskan Android 15.

Spesifikasi lain yang turut hadir seperti penarafan IP66/68/69, pengimbas cap jari bawah skrin, NFC dan menyokong pelbagai fungsi yang dikuasakan oleh AI.

Di India, realme 15T ini dijual pada harga bermula sekitar INR18,999 (RM1082) untuk 8GB + 128GB dan INR22,999 (RM1311) untuk 8GB + 256GB. Ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu Flowing Silver, Silk Blue dan Suit Titanium.

ARTIKEL BERKAITAN