Close

Samsung Galaxy Tab S11 dan S11 Ultra turut tiba di Malaysia dengan harga bermula RM3899

Pada acara yang sama, Samsung turut memperkenalkan dua tablet baru mereka iaitu Galaxy Tab S11 dan S11 Ultra. Tampil dengan pelbagai peningkatan yang lebih baik pada rekaan dan juga spesifikasi.

Galaxy Tab S11 Ultra hadir dengan rekaan yang nipis iaitu 5.1 mm dan berat hanya 692 gram sahaja. Dilengkapi dengan skrin Dynamic AMOLED 2X bersaiz 14.6-inci dengan lapisan anti silau. Turut menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 1600 nits. Dikuasakan dengan cip Dimensity 9400+ yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 13MP + 8MP Ultra Sudut Lebar. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor 12MP Ultra Lebar. Dimuatkan dengan bateri 11,600mAh yang menyokong pengecasan 45W.

Manakala untuk Galaxy Tab S11, ia dilengkapi dengan skrin Dynamic OLED 2X bersaiz 11-inci dengan paparan 120Hz dan kecerahan puncak 1600 nits. Turut dikuasakan dengan cip Dimensity 9400+ yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Menggunakan kamera tunggal belakang dengan sensor 13MP Ultra dan swafoto 12MP Ultra Lebar. Dimuatkan dengan bateri 8400mAh yang menyokong pengecasan 45W.

S Pen kini hadir dengan rekaan baru berbentuk hexagonal serta turut menyokong ciri quick tools. Selain itu, kedua-dua model turut dimuatkan dengan pelbagai fungsi Galaxy AI seperti Writing assist, Gemini live, Note assist, Live translate, Composer dan lain-lain. Selain itu, ia turut menyokong Samsung Dex dan Workspace.

Spesifikasi lain yang turut dibawakan pada tablet ini adalah seperti penarafan IP68, pengimbas cap jari bawah skrin, empat pembesar suara jenis stereo, WiFi 7 / WiFi 6E dan menjalankan sistem operasi One UI 8 berasaskan Android 16.

Senarai harga jualan untuk Galaxy Tab S11 dan S11 Ultra :

  • Galaxy Tab S11 – RM3899 12GB + 256GB (WiFi)
  • Galaxy Tab S11 – RM4399 12GB + 256GB (5G)
  • Galaxy Tab S11 Ultra – RM5999 12GB + 256GB (WiFi)
  • Galaxy Tab S11 Ultra – RM6499 12GB + 512GB (WiFi)
  • Galaxy Tab S11 Ultra – RM6499 12GB + 256GB (5G)
  • Galaxy Tab S11 Ultra – RM6999 12GB + 512GB (5G)

Bagi yang berminat, peranti ini boleh dibeli di semua pengedar rasmi Samsung Malaysia bermula 19 September 2025. Ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Silver dan juga Gray.

ARTIKEL BERKAITAN