Close

Siri Xiaomi 15T akan diperkenalkan pada 24 September ini

Xiaomi telah menjadualkan acara pelancaran siri Xiaomi 15T pada 24 September ini. Perkara tersebut dikongsi melalui akaun rasmi Xiaomi di platform X.

Menariknya, pada poster pelancaran tersebut terdapat perkataan ‘Far Closer’, memberikan gambaran siri Xiaomi 15T akan menawarkan kemampuan zum yang lebih baik. Tiada maklumat mengenai spesifikasi yang dikongsi namun terdapat laporan mendedahkan peranti ini akan dikuasakan dengan cip Dimensity 9400+.

Selain itu, peranti ini akan menjadi peranti terawal yang menjalankan sistem operasi baru iaitu HyperOS 3 yang berasaskan Android 16. Jika melihat kepada penawaran sebelum ini, siri Xiaomi 15T dijangka akan menjadi model seterusnya yang akan tiba ke pasaran tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN