Nothing secara rasmi berkongsi tarikh pelancaran TWS baru mereka iaitu Ear (3) pada 18 September ini.

Ear (3) yang merupakan TWS kelas premium dari Nothing dijangka hadir dengan pelbagai peningkatan dan ciri yang lebih menarik. Walaupun menggunakan angka 3, namun model ini sebenarnya adalah peranti keempat dalam siri Ear.
Sebagai rekod, Ear (1) dan Ear (2) yang diperkenalkan pada 2021 dan 2023 menggunakan bilangan nombor. Manakala model seterusnya yang diperkenalkan pada 2024 tidak menggunakan nombor sebaliknya dikenali sebagai Ear.

Buat masa ini, tiada maklumat mengenai spesifikasi Ear (3). Namun, peranti ini dijangka masih mengekalkan rekaan lutsinar yang merupakan rekaan ikonik bagi Nothing.