Infinix menambah penawaran peranti mereka ke pasaran tempatan dengan memperkenalkan model baru iaitu GT 30. Seperti mana Infinix GT 30 Pro, model ini turut memfokuskan kepada permainan bersama spesifikasi yang menarik.

GT 30 hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.8-inci dengan resolusi 1.5K. Turut menyokong paparan 144Hz dan kecerahan puncak sehingga 1600 nits. Dikuasakan dengan cip Dimensity 7400 yang digabungkan dengan 8GB RAM LPDDR5x dan storan dalaman 256GB UFS 2.2.
Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 64MP + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 13MP. Dimuatkan dengan bateri 5500mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W dengan teknologi Bypass Charging 2.0.

GT 30 turut dilengkapi dengan GT Trigger, penarafan IP64 dan sistem penyejukan 3D Vapor Cloud Chamber Cooling (3DVCC). Bukan itu sahaja, peranti ini turut hadir dengan Mechanical Light Waves pada panel belakang. Peranti ini turut dimuatkan dengan Infinix AI yang menawarkan pelbagai ciri kecerdasan buatan (AI) seperti AI Erase, AI Extend, AI Call Summaries, One-Tap Query dan lain-lain.

Untuk pasaran Malaysia, GT 30 dijual pada harga bermula RM1099 dengan setiap pembelian akan menerima GT Gaming Kit bernilai RM129, selagi stok masih ada.