Apple berkongsi kapasiti bateri untuk siri iPhone 17 yang baru diumumkan beberapa hari lalu. Maklumat tersebut diperolehi melalui label tenaga rasmi di laman produk EU.
Kesatuan Eropah telah mewajibkan semua peranti yang dijual di Eropah perlu memaparkan label tenaga pada produk mereka. Berikutan dari itu, Apple berkongsi maklumat mengenai kapasiti bateri untuk siri iPhone 17.

Berdasarkan maklumat tersebut, terdapat peningkatan bateri pada siri iPhone 17. Untuk iPhone 17, ia dilengkapi dengan bateri 3692mAh, iPhone 17 Air 3149mAh, iPhone 17 Pro 4252mAh dan iPhone 17 Pro Max 5088mAh.
Sebagai perbandingan, kapasiti bateri untuk siri iPhone 16 adalah 3561mAh untuk iPhone 16, 2915mAh untuk iPhone 16 Plus, 3355mAh untuk iPhone 16 Pro dan 4676mAh untuk iPhone 16 Pro Max.
Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan adakah kapasiti bateri tersebut merujuk kepada varian SIM fizikal atau eSIM. Untuk pasaran Eropah, Apple masih menawarkan dua pilihan varian SIM fizikal dan eSIM.

Terdapat kemungkinan label tenaga yang dipaparkan adalah untuk varian SIM Fizikal, varian sama yang akan dijual untuk pasaran tempatan. Pada acara pelancaran siri iPhone 17, Apple mendedahkan varian eSIM hadir dengan bateri lebih besar kerana ruang slot SIM dimuatkan dengan sel bateri tambahan.