Close

iPhone Air hanya menggunakan ‘Mono speaker’

Seperti yang kita tahu, Apple telah menggantikan model ‘Plus’ dengan model baru yang dipanggil sebagai ‘Air’. Seperti namanya, model ini lebih memfokuskan kepada rekaan yang lebih nipis dan ringan.

Ketika pengenalan model ini, Apple tidak mendedahkan yang iPhone Air hanya menyokong Mono speaker bukan Stereo speaker seperti iPhone 17, iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max. Merujuk kepada laman spesifikasi rasmi, iPhone Air hanya mempunyai satu speaker sahaja yang terletak di bahagian atas.

Mono speaker tidak memberikan pengalaman audio yang imersif seperti mana yang ditawarkan oleh Stereo speaker. Untuk mendapatkan pengalaman audio yang lebih baik perlu menggunakan AirPods atau external speaker. Bagi sesetengah pengguna, ketiadaan Stereo speaker mungkin akan menjadi penghalang terbesar untuk membeli model ini.

Selain itu, iPhone Air hanya menyokong eSIM sahaja dan tiada pilihan untuk SIM Fizikal. Merupakan model pertama yang ditawarkan dalam satu varian sahaja iaitu eSIM di semua pasaran. Berbeza dengan iPhone 17, iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max masih ditawarkan dalam dua pilihan varian eSIM atau SIM Fizikal mengikut pasaran.

ARTIKEL BERKAITAN