Close

Pendaftaran kad SIM prabayar guna MyDigital ID akan dilaksanakan hujung tahun ini

Pendaftaran untuk kad SIM prabayar di Malaysia akan menggunakan MyDigital ID akan dilaksanakan sepenuhnya menjelang penghujung tahun ini.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menyatakan, langkah tersebut dibuat bagi memperkukuhkan lagi aspek keselamatan digital. Semua syarikat telekomunikasi di Malaysia akan diarahkan untuk melaksanakan proses pendaftaran menggunakan pengesahan MyDigital ID.

Maklumat yang terlebih perinci mengenai perlaksanaan ini akan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Selain itu, kerajaan akan turut menilai beberapa aspek lain seperti had bilangan kad SIM yang boleh didaftarkan bawah satu nama. Ketika ini, seorang pengguna boleh mendaftarkan atau mempunyai sehingga lima nombor kad SIM prabayar.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN