OPPO Malaysia secara rasmi memperkenalkan peranti baru ke pasaran tempatan iaitu OPPO A6 Pro. Model ini memfokuskan kepada binaan yang tahan lasak dalam masa yang sama tampil dengan rekaan dan spesifikasi yang menarik.

OPPO A6 Pro 5G hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.57-inci dengan resolusi FHD+ yang turut menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 1000 nits. Dikuasakan dengan cip Dimensity 6300 Cip ini dipadankan dengan konfigurasi memori 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera dengan sensor utama 50MP + 2MP Potret dan swafoto 16MP. Kemampuan kamera ini turut dibantu dengan pelbagai ciri AI seperti AI Recompose, AI Perfect Shot, AI Unblur dan lain-lain. Dimuatkan dengan bateri yang lebih besar iaitu 6500mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W.

Turut hadir dengan pelbagai fungsi menarik seperti Glove Touch, Trinity Engine dan lain-lain. Turut hadir dengan pelbagai fungsi AI seperti AI LinkBoost 3.0, , AI Reflection Remover, AI Assistan for Document dan AI Assistan for Note. Peranti ini dilengkapi dengan penarafan IP66, IP68 dan IP69 yang menjanjikan perlindungan dalam pelbagai situasi.


Di Malaysia, OPPO A6 Pro 5G dijual pada harga RM1199 untuk 8GB + 256GB dan ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Stellar Blue dan Coral Pink. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dibeli bermula hari ini dengan setiap pembelian akan menerima hadiah percuma RM169.