Kemas kini sistem operasi baru dari Xiaomi iaitu HyperOS 3 akan tersedia untuk pengguna tidak lama lagi.
Menurut Xiaomi, kemas kini HyperOS 3 versi stabil akan dilepaskan secara berperingkat bermula Oktober 2025. Berikutan itu, Xiaomi turut berkongsi garis masa dan senarai peranti yang akan menerima kemas kini tersebut.
Untuk permulaan, kemas kini akan dilepaskan bermula pertengahan Oktober. Peranti yang akan menerima HyperOS 3 adalah Xiaomi 15, 15 Ultra, 15S Pro, 15 Pro, redmi K80 Pro dan K80 Extreme Edition.
Kemas kini seterusnya akan diberikan bermula hujung Oktober, peranti yang akan menerima adalah Xiaomi MIX Flip 2, Civi 5 Pro, siri Xiaomi tablet 7, Redmi K80, Turbo 4, Redmi 4 Pro dan Redmi K Pad.
Terdapat beberapa model lain yang akan menerima kemas kini sekitar November hingga Januari antaranya seperti siri Xiaomi 13, siri Xiaomi tablet 6, MIX Fold 3, redmi K60, siri redmi Note 13, siri redmi Note 14, siri redmi Note 15, siri Xiaomi 12, MIX Fold 2, Civi 2 dan Civi 3.

HyperOS 3.0 dibina berasaskan Android 16 menbawakan beberapa penambahbaikan untuk memberi pengalaman penggunaan yang lebih baik. Bukan itu sahaja, ia hadir dengan rekaan yang lebih minimalis dengan ikon dan status bar serba baru.
Seperti kebiasaan, kemas kini HyperOS 3 versi stabil ini akan tersedia lebih awal untuk pengguna di China. Bagi pengguna global, garis masa dan senarai peranti akan dikongsi tidak lama lagi.