Xiaomi mengesahkan peranti andalan mereka yang seterusnya siri Xiaomi 17 akan diperkenalkan pada 25 September ini di China.

Xiaomi dijangka akan memperkenalkan tiga pilihan model iaitu Xiaomi 17, Xiaomi 17 Pro dan Xiaomi 17 Pro. Sebelum ini, Xiaomi telahpun mendedahkan rekaan untuk Xiaomi 17 Pro Max. Hadir dengan rekaan modul kamera baru squicircle dan dilengkapi skrin sekunder yang diintergrasikan dengan modul kamera.

Selain itu, ia menggunakan rekaan sisi jenis berkotak dan menggunakan sistem kamera Leica. Siri Xiaomi 17 dijangka akan menjadi peranti pertama dikuasakan dengan cip terbaru dari Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Elite Gen 5.
Harga jualan untuk siri Xiaomi 17 dikatakan hampir sama seperti model sebelumnya. Sebagai perbandingan, Xiaomi 15 dijual pada harga sekitar CNY4499 (RM2654) di China.