Xiaomi secara rasmi memperkenalkan peranti andalan mereka yang seterusnya iaitu siri Xiaomi 15. Tampil dengan 2 pilihan model iaitu Xiaomi 15 dan Xiaomi 15 Pro.
Xiaomi 15 Pro hadir dengan skrin LTPO AMOLED bersaiz 6.73-inci dengan resolusi 2K. Turut menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 3200 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 1TB.
Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Ultra Lebar + 50MP Telefoto Periskop dan swatofo 32MP. Keupayaan kamera ini dibantu dengan sistem Xiaomi AISP 2.0 dengan penjenamaan Leica. Bateri 6100mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan berwayar 90W dan tanpa wayar 50W.
Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti pengimbas cap jari bawah skrin, WiFi 7, penarafan IP68, Infrared, Bluetooth 5.4, pembesar suara jenis stereo dan menjalankan HyperOS 2.0 berasaskan Android 15.
Untuk Xiaomi 15, ia hadir dengan skrin LTPO AMOLED bersaiz 6.36-inci dengan resolusi 1.5K. Turut menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 3200 nits. Turut dilengkapi dengan cip Snapdragon 8 Elite yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 1TB.
Menggunakan tetapan tri-kamera dengan sensor utama 50MP + 50MP Ultra Lebar + 50MP Telefoto dan swafoto 32MP. Seperti model Pro, keupayaan kamera ini turut dibantu dengan sistem Xiaomi AISP 2.0 dengan penjenamaan Leica. Dimuatkan dengan bateri 5400mAh yang menyokong pengecasan 90W berwayar dan 50W tanpa wayar.
Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti pengimbas cap jari bawah skrin, WiFi 7, penarafan IP68, Infrared, Bluetooth 5.4, pembesar suara jenis stereo dan menjalankan HyperOS 2.0 berasaskan Android 15.
Di China, Xiaomi 15 dijual pada harga bermula sekitar CNY4499 (RM2756) manakala Xiaomi 15 Pro pula dijual pada harga bermula sekitar CNY5299 (RM3247).