Close

HMD umum kerjasama dengan FC Barcelona

Human Mobile Devices (HMD) mengumumkan kerjasama dengan kelab bola sepak gergasi Sepanyol iaitu FC Barcelona. Melalui kerjasama ini, ia akan meningkatkan penjenamaan syarikat dalam masa yang sama dapat mendekati pengguna atau peminat melalui sukan.

Seiring dengan pengumuman tersebut, HMD turut memperkenalkan dua peranti baru ke pasaran tempatan iaitu HMD Skyline dan HMD Barbie Phone. Yang mana, kedua-dua model ini telahpun tersedia untuk pengguna di Malaysia.

Untuk HMD Skyline, ia hadir dengan skrin pOLED bersaiz 6.55-inci yang turut menyokong paparan 144Hz dan kecerahan puncak 1000 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 7s Gen 2 yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman 256GB. Dimuatkan dengan bateri 4600mAh yang menyokong pengecasan berwayar 33W dan tanpa wayar magnetik 15W.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 108MP + 13MP Ultra Lebar + 50MP Telefoto dan swafoto 50MP. Spesifikasi lain yang turut ditawarkan adalah seperti pengimbas cap jari bawah skrin, penarafan IP54, pembesar suara jenis stereo, Bluetooth 5.2 dan menjalankan Android 14.

Manakala untuk HMD Barbie Phone, ia hadir dengan rekaan fon lipat retro dengan kemasan dan pilihan warna bertemakan Barbie. Hadir dengan skrin utama bersaiz 2.8-inci dan skrin luar bersaiz 1.77-inci. Menggunakan kamera tunggal belakang dengan sensor VGA 0.3MP.

Dikuasakan dengan cip Unisoc T107 yang dipadankan dengan 64MB RAM dan storan dalaman 128MB yang turut menyokong kad mikroSD sehingga 32GB. Menggunakan bateri yang boleh ditanggal dengan kapasiti 1450mAh yang menyokong pengecasan USB-C. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti Bluetooth 5.1, bicu audio 3.5mm dan sokongan dual SIM.

Di Malaysia, HMD Skyline dijual pada harga RM1999 untuk 12GB + 256GB sementara HMD Barbie Phone pula dijual pada harga RM699 untuk 64MB + 128MB. Bagi yang berminat, peranti ini boleh didapatkan melalui pengedar rasmi atau kedai rasmi atas talian.

ARTIKEL BERKAITAN