OnePlus telahpun mengumumkan sistem operasi baru mereka iaitu OxygenOS 15. Sistem operasi ini dibina berasaskan kepada Android 15 dan hadir dengan pelbagai peningkatan merangkumi antara muka yang lebih minimalis serta fungsi yang dikuasakan oleh AI.
Seiring dengan pengumuman tersebut, OnePlus turut berkongsi senarai peranti yang menyokong dan garis masa kemas kini untuk versi beta. Siri OnePlus 12 menjadi peranti terawal menerima kemas kini versi beta pada 30 Oktober ini.
Secara keseluruhan, terdapat 16 peranti yang menyokong OxygenOS 15 iaitu siri OnePlus 12, siri OnePlus 11, siri OnePlus 10, OnePlus Open, OpenPlus Pad 2, OnePlus Nord 4, OnePlus Nord CE 4, OnePlus Nord CE 4 Lite 5G, OnePlus Pad, OnePlus Nord 3 5G dan OnePlus Nord CE 3 5G.
Menurut OnePlus, kemas kini versi stabil hanya akan dilepaskan selepas memenuhi piawaian yang ditetapkan dan bergantung kepada maklum balas daripada versi beta. OnePlus 12 akan menjadi peranti terawal menerima kemas kini versi stabil yang dijangka tiba penhujung November ini.