Close

MediaTek perkenal cip Dimensity 9500 – Tawar prestasi lebih berkuasa dan jimat tenaga

MediaTek secara rasmi memperkenalkan cip andalan baru mereka iaitu Dimensity 9500. Memfokuskan kepada peningkatan prestasi dan juga kecekapan kuasa.

Dimensity 9500 menggunakan teknologi binaan 3nm dengan rekaan ‘All Big Core’, hadir dengan konfigurasi 8 teras dengan 1x Arm C1-Ultra pada 4.21 GHz + 3x C1-Premium pada 3.5 GHz + 4x C1-Pro pada 2.7 GHz.

MediaTek mendakwa, cip ini menawarkan peningkatan prestasi sehingga 32% untuk teras tunggal dan 17% untuk multi teras. Selain itu, cip ini turut menawarkan kecekapan kuasa sehingga 55% pada prestasi puncak.

Dipadankan dengan GPU Arm G1-Ultra dengan peningkatan prestasi grafik sehingga 33% dan 42% lebih efisien untuk penggunaan tenaga. Turut menyokong teknologi ray tracing generasi baru yang menyokong permainan pada kadar sehingga 120fps bersama dengan ciri Unreal Engine 5.

Dimensity 9500 dilengkapi dengan NPU 990 Gen 9 dengan Generative AI Engine 2.0 yang menawarkan kuasa pemprosesan sehingga 2 kali ganda berbanding generasi sebelumnya. Menyokong BitNet 1.58-bit dengan penjiman kuasa sehingga 33%.

Cip ini turut dimuatkan dengan ISP baru iaitu Imagiq 1190 yang menawarkan kemampuan 200MP RAW capture dengan 30fps fokus berterusan dan 4K 60fps potrait video. Untuk sambungan rangkaian, ia menawarkan penjimatan tenaga sehingga 10% untuk 5G dan 20% untuk WiFi.

Dimensity 9500 bakal menjadi pesaing utama kepada cip andalan Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Elite Gen 5. Siri vivo X300 dan OPPO Find X9 Pro dijangka menjadi peranti terawal menggunakan cip ini mungkin tiba sekitar akhir 2025.

ARTIKEL BERKAITAN