Close

Siri OPPO Find X9 akan diperkenalkan pada 16 Oktober

OPPO secara rasmi mengesahkan ketibaan siri Find X9 di China pada 16 Oktober 2025.

OPPO dijangka akan memperkenalkan dua pilihan model iaitu Find X9 dan Find X9 Pro. Kedua-dua model ini akan dikuasakan dengan cip terbaru dari MediaTek iaitu Dimensity 9500. MediaTek mendakwa, cip ini menawarkan peningkatan prestasi sehingga 32% untuk teras tunggal dan 17% untuk multi teras.

Bukan itu sahaja, siri Find X9 akan turut dilengkapi dengan teknologi dalaman OPPO yang dikenali sebagai Trinity Engine. Siri Find X9 akan dilengkapi dengan kapasiti bateri yang besar iaitu 7025mAh untuk Find X9 dan 7500mAh untuk Find X9 Pro.

Selain itu, siri OPPO Find X9 akan menjalankan sistem operasi ColorOS 16 berasaskan Android 16. Sistem operasi ini akan diumumkan lebih awal sebelum pelancaran siri Find X9. ColorOS 16 akan hadir dengan antara muka serba baru dan dilengkapi dengan pelbagai ciri AI yang lebih pintar.

Siri Find X9 tidak hanya akan ditawarkan untuk pasaran China sahaja, tetapi akan turut diperkenalkan secara global.

ARTIKEL BERKAITAN