Close

Qualcomm perkenalkan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 – Apa yang baru?

Qualcomm secara rasmi memperkenalkan cip andalan baru mereka iaitu Snapdragon 8 Elite Gen 5. Cip ini menjanjikan peningkatan prestasi yang berkuasa pada CPU, GPU dan juga kemampuan pemprosesn AI generasi baru.

Snapdragon 8 Elite Gen 5 masih menggunakan CPU Oryon dan dibina dengan teknologi binaan 3nm dari TSMC. Hadir dengan konfigurasi 2+6 dengan 2 teras CPU Prime berkelajuan 4.6GHz + 6 teras CPU Perfomance berkelajuaan 3.62GHz. Qualcomm mendakwa, cip ini menawarkan peningkatan keseluruhan sekitar 16% dan kecekapan kuasa sehingga 35%.

Dimuatkan dengan GPU Adreno baru dengan kelajuan yang lebih tinggi iaitu 4.32GHz berbanding 3.53GHz pada generasi sebelumnya. GPU ini turut dilengkapi dengan High Performance Memory (HPM) yang menyokong Tile Memory Heap, Mesh Shading dan Unreal Engine 5. Konfigurasi RAM kini menyokong sehingga 24GB LPDDR5x yang berkelajuan 5300MHz.

Cip ini turut hadir dengan Hexagon NPU generasi baru yang menawarkan peningkatan 37% lebih pantas dan mampu menjalankan model bahasa raya (LLM) bersaiz besar secara terus daripada peranti. Qualcomm menyatakan, kemampuan AI pada cip ini jauh lebih pantas dan cekap berbanding sebelumnya.

Dari segi sambungan, cip ini menggunakan modem Snapdragon X85 5G dan menyokong Triple 20-bit AI-ISP. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti kamera sehingga 320MP, sokongan skrin QHD+ 240Hz, storan UFS 4.1, USB Version 3.1 Gen 2, Bluetooth 6, audio XPAN dan pengecasan Qualcomm Quick Charge 5.

Peranti dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 dijangka akan mula diperkenalkan dalam masa terdekat. Namun begitu, pengeluar terawal yang dijangka akan menggunakan cip ini adalah Xiaomi melalui siri Xiaomi 17.

ARTIKEL BERKAITAN