Siri Xiaomi 15T kini tiba secara rasmi ke pasaran tempatan, hadir dengan dua pilihan model Xiaomi 15T dan Xiaomi 15T Pro. Siri ‘T’ kali ini hadir dengan pelbagai peningkatan yang lebih berkuasa dan menarik.

Xiaomi 15T Pro merupakan model paling premium, hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.83-inci yang menyokong paparan 144Hz dan kecerahan puncak 3200 nits. Skrin peranti ini turut menyokong kandungan HDR10+ dan Dolby Vision untuk memberi pengalaman menonton yang lebih baik.

Dikuasakan dengan cip Dimensity 9400+ yang dipadankan dengan 12GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.1. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Telefoto denegan zum optik 5X + 12MP Ultra Lebar dan swafoto 32MP. Kamera ini mampu merakam video pada resolusi sehingga 8K 30fps dan 4K 60fps dalam mod 10-bit Log.
Dilengkapi bateri yang lebih besar 5500mAh berbanding 5000mAh pada model sebelumnya. Turut menyokong pengecasan 90W berwayar dan 50W tanpa wayar. Untuk spesifikasi lain, ia hadir dengan penafaran IP68, WiFi 7, Bluetooth 6, NFC, pembesar suara jenis stereo dan menjalankan HyperOS 3.

Untuk Xiaomi 15T, ia turut hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.83-inci namun hanya menyokong paparan 120Hz. Skrin peranti ini turut menyokong kecerahan puncak 3200 nits, HDR10+ dan Dolby Vision untuk memberi pengalaman menonton yang lebih baik.

Dikuasakan dengan cip Dimensity 8400-Ultra yang dipadankan dengan 12GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.1. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Telefoto denegan zum optik 5X + 12MP Ultra Lebar dan swafoto 32MP. Turut menyokong merakam video pada resolusi 4K 60fps dalam mod 10-bit Log.
Dimuatkan dengan bateri 5500mAh yang menyokong pengecasan pantas 67W. Untuk spesifikasi lain, ia hadir dengan penafaran IP68, WiFi 6E, Bluetooth 6, NFC, pembesar suara jenis stereo, pengimbas cap jari bawah skrin dan menjalankan HyperOS 3.

Siri Xiaomi 15T turut dimuatkan dengan pelbagai fungsi yang dikuasakan oleh AI seperti Circle to Search with Google, AI Interpreter, AI Notes, AI Recorder,Google Gemini dan AI Image Editing. Bukan itu sahaja, ia turut menyokong Xiaomi Offline Communation yang membolehkan pengguna membuat panggilan tanpa rangkaian.


Di Malaysia, Xiaomi 15T Pro dijual pada harga bermula RM2699 (12GB + 256GB), RM2999 (12GB + 512GB) dan RM3499 (12GB + 1TB). Manakala untuk Xiaomi 15T ia dijual pada harga RM1899 (12GB + 256G) dan RM2199 (12GB + 512GB).