Close

Israel disekat guna perkhidmatan Microsoft – Ini sebabnya

Microsoft mengumumkan telah menyekat dan menamatkan akses beberapa perkhdimatan awan dan AI yang digunakan dalam Kementerian Pertahanan Israel (IMOD).

Tindakan tersebut dibuat selepas beberapa laporan mendedahkan Israel menggunakan platform Azure untuk menyimpan dan menganalisis panggilan telefon rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat dalam skala besar.

Siasatan dalaman Microsoft menemui bukti yang menyokong laporan tersebut, termasuk penggunaan kapasiti storan Azure di Belanda serta khidmat AI untuk operasi pemantauan. Presiden Microsoft iaitu Brad Smith, menegaskan bahawa terma penggunaan syarikat jelas melarang penggunaan teknologi untuk pengawasan besar-besaran terhadap orang awam.

Walau bagaimanapun, hanya langganan dan perkhidmatan tertentu sahaja yang dihentikan oleh Microsoft. Langkah atau tindakan ini boleh dikatakan sebagai contoh terbaik untuk syarikat teknologi besar menyekat akses negara atau pihak tentera atas sebab hak asasi manusia.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN