Close

iQOO 15 akan dijana dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5

iQOO mengesahkan peranti andalan mereka yang seterusnya iaitu iQOO 15 akan dijana dengan cip terbaru dari Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Elite Gen 5.

Maklumat tersebut dikongsi melalui platform media sosial rasmi iQOO India. Perkongsian tersebut turut mengesahkan iQOO 15 akan menggunakan cip yang sama untuk pasaran global dan juga China. Sebelum ini, terdapat laporan mendedahkan iQOO 15 akan dilengkapi dengan cip yang berbeza mengikut pasaran.

iQOO 15 dijangka hadir dengan skrin bersaiz 6.85-inci dengan paparan 144Hz. Turut dimuatkan dengan cip tambahan Q3 Gaming dan kamera periskop telefoto untuk kemampuan zum yang lebih baik. Peranti ini akan menjalankan sistem operasi baru OriginOS 6 bukan lagi FuntouchOS.

ARTIKEL BERKAITAN