vivo mengesahkan sistem operasi OriginOS akan turut diperkenalkan ke peringkat global. Buat yang tidak mengetahui, vivo hanya menawarkan sistem operasi OriginOS untuk pasaran China sahaja.
OriginOS 6 akan menjadi sistem operasi pertama yang akan ditawarkan ke pasaran luar China. Sistem operasi ini dibina berasaskan kepada Android 16 dan akan menjadi pengganti kepada sistem operasi FunTouchOS yang digunakan ketika ini.
Namun begitu, OriginOS 6 akan diperkenalkan lebih awal di China pada 10 Oktober kemudian akan diumumkan untuk pengguna global pada 15 Oktober. Peranti pertama yang akan menjalankan OriginOS 6 adalah vivo X300 dan X300 Pro.

OriginOS 6 dijangka hadir dengan pelbagai peningkatan menarik merangkumi antara muka yang lebih baik, prestasi yang lebih lancar, ciri baru dan banyak lagi.