Close

OnePlus 15 mungkin tiba pada 23 Oktober ini

Peranti andalan OnePlus 15 berkemungkinan akan diperkenalkan pada 23 Oktober ini di China.

Laporan tersebut dikongsi selepas OnePlus mendedahkan rekaan rasmi peranti secara umum. Selain itu, spesifikasi penuh peranti tersebut turut didedahkan sekaligus memberikan gambaran penuh mengenainya.

OnePlus 15 dikatakan hadir dengan skrin bersaiz 6.28-inci dengan paparan yang lebih tinggi iaitu 165Hz. Dimuatkan dengan kapasiti bateri yang lebih besar 7300mAh yang menyokong pengecasan 120W berwayar dan 50W tanpa wayar. Walaupun dimuatkan dengan kapasiti bateri yang besar, namun peranti ini hanya mempunyai ketebalan 8.1mm dan berat sekitar 215 gram sahaja.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP dengan teknologi pengimejan sendiri yang dipanggil sebagai DetailMax Engine. Ditawarkan dengan pilihan warna baru iaitu Titanium, Black, Purple dan Sand Dune.

Laporan lain pula mendedahkan peranti ini akan tiba ke pasaran global pada 13 November ini. Namun begitu, tiada pengesahan rasmi mengenai ketibaan OnePlus 15 yang dikongsi oleh OnePlus buat masa ini. Kita mungkin boleh menjangkakan maklumat tersebut akan diumumkan dalam masa terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN