Close

Teknologi UFS 5.0 diumumkan – Tawar prestasi dua kali ganda lebih pantas

Teknologi piawaian storan baru iaitu UFS 5.0 telahpun diumumkan sebagai pengganti kepada piawaian sedia ada UFS 4.0.

Teknologi UFS 5.0 menjanjikan prestasi bacaan dua kali ganda lebih pantas berbanding UFS 4.0. Sebagai perbandingan, UFS 5.0 menawarkan bandwidth maksimum sehingga 10.8GB/s berbanding 5.8GB/s pada UFS 4.0/4.1. Peningkatan ini membolehkan proses pemindahan fail dan pemasangan aplikasi menjadi lebih pantas.

Selain prestasi, UFS 5.0 dikatakan lebih efisien pada penggunaan kuasa dan direka khas untuk keperluan AI serta edge computing. Menariknya, Teknologi UFS 5.0 ini serasi dengan perkakasan UFS 4.x, sekaligus membolehkan pengeluar memuatkan teknologi tanpa perlu melakukan perubahan reka bentuk besar-besaran.

Buat masa ini, tiada maklumat rasmi mengenai pengeluaran besar-besaran teknologi UFS 5.0. Namun begitu, kita mungkin boleh menjangkakan teknologi ini akan dimuatkan pada peranti andalan yang akan datang.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN