Close

vivo V60e diperkenalkan – Guna cip Dimensity 7360-Turbo, bateri 6500mAh dan kamera 200MP

vivo secara rasmi memperkenalkan model baru di bawah siri V iaitu V60e. Hadir dengan pelbagai peningkatan yang menarik seperti kamera utama 200MP dan bateri yang besar 6500mAh.

V60e tampil dengan skrin AMOLED jenis kuad-lengkung bersaiz 6.77-inci dengan resolusi FHD+.Turut menyokong paparan 120Hz dengan kecerahan puncak 1200 nits. Dijana dengan cip Dimensity 7360-Turbo yang dipadankan dengan 12GB dan storan dalaman 256GB.

Untuk fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 200MP dan 8MP Ultra Lebar dan swafoto 50MP. Dimuatkan dengan bateri 6500mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W. Menurut vivo, peranti ini hanya setebal 7.49mm dengan berat sekitar 190 gram sahaja.

Spesifikasi lain yang turut ditawarkan seperti penarafan IP68/IP69, pengimbas cap jari bawah skrin dan menjalankan sistem operasi FunTouchOS 15 berasakan Android 15. Peranti ini menyokong kemas kini sehingga 3 tahun untuk Android dan 6 tahun untuk keselamatan.

Di India, vivo V60e dijual pada harga bermula sekitar ₹29,999 (RM1681) dan ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Noble Gold dan Elite Purple.

ARTIKEL BERKAITAN