HUAWEI dijangka bakal memperkenalkan siri Mate 80 di China tidak lama lagi. Biarpun tiada maklumat mengenai tarikh pelancaran namun, peranti tersebut telahpun menerima pensijilan jualan menandakan ketibaan semakin hampir.

Seiring dengan itu, beberapa imej yang didakwa sebagai siri Mate 80 telahpun tertiris. Memperlihatkan model tersebut hadir dengan rekaan modul kamera belakang yang direka semula. Siri Mate 80 hadir dengan susunan kamera segi tiga dengan sensor telefoto di bahagian atas dan dua sensor di bahagian bawah. Susunan kamera ini berbeza dari apa yang digunakan pada siri Mate 70.

Selain itu, terdapat dua unit lampu LED memanjang yang dimuatkan serta mempunyai kemasan seperti logam keluli yang untuk menambah elemen premium pada modul kamera. Siri Mate 80 turut hadir dengan pilihan warna iaitu Kuning.
Siri HUAWEI Mate 80 dijangka hadir dengan empat pilihan model iaitu Mate 80, Mate 80 Pro, Mate 80 Pro+ dan Mate 80 RS. Tiada maklumat mengenai spesifikasi, namun peranti ini mungkin hadir dengan cip Kirin generasi baru dan menyokong pengecasan 100W.