Warganegara Malaysia yang dikenakan harga RON95 tanpa subsidi akibat masalah sistem kini boleh membuat tuntutan bayaran balik bermula 9 Oktober ini.

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Fuziah Salleh. Tuntutan bayaran balik ini dibuat untuk membolehkan pengguna mendapat semula perbezaan bayaran yang telah dibuat.
Tuntutan bayaran balik ini merangkumi pembelian yang dibuat antara 30 September hingga 31 Oktober 2025. Pemohon perlu mengemukakan bukti pembelian seperti salinan resit. Tuntutan yang lulus akan dikreditkan ke dalam akaun bank pemohon dalam tempoh 15 hari bekerja.
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi talian pusat panggilan SKPS di 03-8882 5893 / 5894 / 5923 / 6667 atau melalui e-mel ke [email protected].