Close

vivo V60 Lite 5G tiba di Malaysia dengan harga bermula RM1399

vivo Malaysia secara rasmi memperkenalkan satu lagi model baru di bawah siri ‘V’ iaitu V60 Lite 5G. Menawarkan pakej yang menarik merangkumi spesifikasi dan juga rekaan yang lebih baik.

V60 Lite 5G hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.77-inci dengan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Dimensity 7360-Turbo yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB LDPRR4X dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 3.1.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 32MP. Kemampuan kamera ini turut dibantu dengan pelbagai ciri AI seperti AI Starlight, Smart Eraser 3.0, Smart Photo Enhancements dan lain-lain.

Dimuatkan dengan bateri 6500mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W. Terdapat beberapa ciri AI yang turut dimuatkan seperti AI Grade Assistance, AI Subtitles, Transcript Assistance dan Google Gemini Live.

Spesifikasi lain yang turut dimuatkan seperti Bluetooth 5.0, NFC, penarafan IP65, pensijilan SGS Low Blue Light, ketahanan gred tentera (MIL-STD-810H) dan menjalankan sistem operasi FunTouch 15 berasaskan Android 15.

Di Malaysia, vivo 60 Lite 5G dijual pada harga bermula RM1399 untuk 8GB + 256GB dan RM1799 untuk 12GB + 512GB. Sempena ketibaanya, peranti ini ditawarkan pada harga promosi yang menarik RM1199 untuk 8GB + 256GB dan RM1499 untuk 12GB + 512GB.

ARTIKEL BERKAITAN