Instagram dilaporkan sedang menguji antara muka baru yang lebih memfokuskan kepada ‘Reels’.

Antara muka baru ini akan menawarkan pengalaman yang lebih baik dan lebih tersusun. Sebahagian penggunan terpilih telahpun menerima dan mencuba antara muka baru ini.

Melalui antara muka ini, Reels akan diletakkan dalam satu laman utama bagi memudahkan pengguna menonton kandungan video pendek tanpa perlu bertukar kepada tab. Seterusnya, terdapat tab baru ‘Following’ yang membolehkan pengguna melihat hantaran daripada akaun yang diikuti dan mempunyai piihan untuk memaparkan kandungan dalam urutan masa sebenar.
Antara muka baru ini bukan sahaja memberikan pengalaman yang lebih baik, tetapi membolehkan pengguna mengurus kandungan Reels dengan lebih sistematik. Perubahan ini dijangka akan memberikan impak yang besar kepada pengguna kerana tidak lagi memfokuskan kepada perkongsian gambar sahaja.