realme secara rasmi mengumumkan kerjasama strategik bersama RICOH Imaging Company Ltd.
Kerjasama startegik telah dibangunkan selama empat tahun dan akan diumumkan pada 14 Oktober ini di Beijing. Seiring dengan kerjasama ini, realme dan Ricoh telah melancarkan video khas dengan tajuk “4 Years in One Snap” yang memaparkan perjalanan pembangunan kolabrasi tersebut.
4 Years in One Snap.
— realme Global (@realmeglobal) October 9, 2025
realme GT 8 Pro x RICOH GR.
A strategic imaging partnership to define the true flagship.
Join us on Oct. 14 for the launch of our Image Strategic Cooperation. We’ll see you then! pic.twitter.com/o97RXcgBou
realme GT 8 Pro akan menjadi peranti pertama yang akan menggunakan teknologi pengimejan kamera GR. Melaluinya, Ricoh akan membawakan pengalaman kamera siri Ricoh GR dengan antara muka khas, filter tersuai dan tona imej.
Kerjasama ini dijangka akan mengubah cara pengguna merakam foto dengan lebih spontan dan lebih bebas. Berbanding ketika ini hasil foto nampak terlalu sempurna dan terlalu banyak pemprosesan menjadikan ia hilang keaslian.