OpenAI kini sedia untuk menawarkan langganan ChatGPT Go untuk pengguna di Malaysia. Seperti namanya, perkhidmatan ini ditawarkan pada harga lebih rendah disamping hadir dengan pelbagai ciri tambahan yang menarik.

ChatGPT Go diperkenalkan sebagai alternatif kepada ChtGPT Plus atau Pro yang ditawarkan dengan harga langganan yang sedikit lebih mahal. Di Malaysia, ChatGPT Go ditawarkan pada harga RM38.99 untuk sebulan.

Melaluinya, pengguna boleh menikmati ciri menarik seperti GPT-5, muat naik fail, penjanaan imej, keupayaan analisi data, sokongan mesej yang lebih panjang dan lain-lain. Pengguna juga boleh menggunakan GPT-5 Thinking Mode untuk mendapatkan keputusan atau jawapan yang lebih tepat dan mendalam.
Selain itu, pengguna juga boleh mengakses kepada projek, tugasan dan Custom GPTs, membolehkan pengguna mencipta dan menyesuaikan AI mengikut kepada keperluan kerja atau peribadi. Secara asasnya, ChatGPT Go membawakan sokongan yang lebih luas berbanding versi percuma.