Close

Samsung Galaxy Tab A11 tiba di Malaysia dengan harga bermula RM499

Samsung kini sedia untuk menawarkan tablet baru mereka iaitu Galaxy Tab A11 ke pasaran tempatan. Hadir dengan dua pilihan varian dan ditawarkan pada harga yang menarik.

Galaxy Tab A11 dilengkapi dengan skrin TFT LCD bersaiz 8.7-inci dengan resolusi 1340 x 800 dan menyokong paparan 90Hz. Dikuasakan dengan cip lapan teras yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 128GB.

Menggunakan kamera 8MP pada bahagian belakang dan 5MP pada bahagian depan. Dimuatkan dengan bateri 5100mAh yang menyokong pengecasan melalui USB-C. Spesifikasi lain yang turut dimuatkan seperti bicu audio 3.5mm, Bluetooth 5.3, spokongan mikroSD sehingga 2TB dan pembesar suara jenis stereo.

Galaxy Tab A11 ditawarkan dalam tiga pilihan varian dengan harga bermula RM499 untuk model WiFi (4GB +64GB), RM599 untuk model WiFi (8+128GB) dan RM699 untuk versi LTE 4G (4/64GB). Bagi yang berminat, peranti boleh dibeli di semua pengedar rasmi Samsung atau melalui laman web rasmi Samsung Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN