HONOR memperkenalkan dua peranti andalan baru mereka Magic8 dan Magic8 Pro di China. Siri kali ini hadir dengan pakej yang lebih menarik merangkumi spesifikasi, fungsi dan juga kemampuan kamera yang lebih baik.

HONOR Magic8 Pro dilengkapi dengan skrin OLED LTPO bersaiz 6.71-inci dengan paparan 120Hz. Turut menyokong kecerahan puncak 6000 nits untuk HDR. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dipadankan dengan 16GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB.
Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Ultra Lebar + 200MP Telefoto dengan 3x zum optik dan 100x zum digital. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor 50MP yang dipadan dengan sensor 3D deep sensing. Dimuatkan dengan bateri 7200mAh yang menyokong pengecasan 100W berwayar dan 80W tanpa wayar.

Manakala untuk HONOR Magic8, ia hadir dengan skrin LTPO OLED bersaiz 6.58-inci yang menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 5000 nits untuk HDR. Turut dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 1TB.

Turut menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Ultra Lebar + 64MP Telefoto. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 50MP. Dimuatkan dengan bateri 7200mAh yang turut menyokong pengecasan 90W berwayar dan 80W tanpa wayar.

Spesifikasi lain yang turut ditawarkan pada kedua-dua model adalah seperti penarafan IP68/IP69/IP69K, pengimbas cap jari bawah skrin, NFC, IR Blaster dan menjalankan MagicOS 10 yang berasaskan kepada Android 16. Peranti ini turut hadir dengan butang tambahan AI untuk akses pantas pembantu maya.
Untuk pasaran China, HONOR Magic8 dijual pada harga bermula sekitar CNY4499 (RM2669) dan CNY5699 (RM3381) untuk HONOR Magic8 Pro. Tidak dapat dipastikan, adakah peranti ini akan turut tiba ke pasaran tempatan atau sebaliknya.