Selepas beberapa minggu berkongsi maklumat mengenai peranti baru, OnePlus akhirnya mengesahkan ketibaan peranti andalan mereka OnePlus 15 pada 27 Oktober ini di China.

Sebelum ini, rekaan untuk OnePlus 15 telah diperlihatkan secara rasmi. Hadir dengan rekaan yang berbeza dari generasi sebelumnya. Menggunakan rekaan modul kamera serba baru berbentuk petak dengan bucu membulat.

Selain itu, tiada lagi penjenamaan Hasselblad pada kamera seperti sebelumnya, OnePlus akan menggunakan sistem pengimejan sendiri iaitu DetailMax Engine. Malangnya, tiada maklumat mengenai spesifikasi penuh yang dikongsi.

Namun begitu, OnePlus 15 dijangka hadir dengan skrin 6.78-inci OLED 165Hz, cip Snapdragon 8 Elite Gen 5, bateri 7000mAh dan pengecasan pantas 120W. Pada acara yang sama, OnePlus dijangka akan turut memperkenalkan OnePlus Ace 6, model mampu milik.
Menurut maklumat lain, OnePlus 15 dijangka akan turut ditawarkan ke pasaran global pada 13 November ini.