nubia Air tiba secara rasmi ke pasaran tempatan, model ini memfokuskan kepada rekaan yang nipis dan juga ringan.

nubia Air tampil dengan rekaan yang nipis 5.9mm dengan berat sekitar 172gram sahaja. Dilengkapi dengan skrin AMOLED bersaiz 6.78-inci dengan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Unisoc T8300 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Untuk fotografi, ia hadir dengan kamera utama 50MP pada bahagian belakang dan 20MP pada bahagian depan. Dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W. Selain itu, peranti ini menyokong penarafan IP68, IP69 dan IP69K.

Di Malaysia, nubia Air dijual pada harga RM1099 untuk 8GB + 256GB dan ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Titanium Black dan Titanium Desert. Peranti boleh dibeli dengan harga lebih rendah RM899 melalui promosi terhad untuk pembeli terawal.