Samsung dikatakan tidak merancang untuk melancarkan Galaxy S26 Edge sebagai pengganti kepada Galaxy S25 Edge.

Menurut laporan, Samsung mungkin tidak akan meneruskan kesinambungan model Galaxy S25 Edge yang memfokuskan kepada rekaan yang nipis dan ringan. Samsung dikatakan telah membatalkan sepenuhnya pengeluaran untuk Galaxy S26 Edge.
Langkah tersebut diambil selepas jualan Galaxy S25 Edge mencatat jumlah yang terlalu rendah. Bukan itu sahaja, Samsung dikatakan akan menamatkan siri Edge selepas stok Galaxy S25 Edge habis dijual.

Walaupun Samsung dilihat mendahului trend fon nipis sebelum Apple, namun angka jualan menunjukkan Galaxy S25 Edge tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan. Laporan lain mendedahkan, pembangunan untuk Galaxy S26 Edge telahpun siap, namun tiada perancangan untuk memperkenalkan peranti tersebut.
Berikutan dari itu, siri Galaxy S26 mungkin hadir dengan tiga pilihan model sahaja iaitu Galaxy S26 Pro, Galaxy S26 Plus dan Galaxy S26 Ultra.