ASUS bekerjasama dengan Honkai Impact 3rd untuk memperkenalkan koleksi eksklusif “Elysia’s Special Collection” untuk siri ROG Phone 9.

Siri ROG Phone 9 edisi terhad ini hadir dengan rekaan dan kemasan bertemakan “Romantic Pink” berdasarkan kepada karakter Elysia. Untuk menjadikan ia lebih menarik, edisi terhad ini hadir dengan beberapa aksesori unik seperti kerangka pelindung, pin SIM berbentuk tongkat, pelekat chibi dan kad watak, serta ganjaran dalam permainan seperti 2000 Asterite dan dua Enchanted Phones.

Bukan itu sahaja, antara muka turut hadir dengan Elysia Theme Pack yang merangkumi ikon, animasi pengecasan dan wallpaper khas. Dari segi spesifikasi, tiada sebarang perubahan bermaksud ia sama seperti model biasa.
Seperti namanya, edisi terhad ini hanya tersedia sebanyak 5000 unit sahaja secara global. Menariknya, peranti edisi terhad ini akan turut ditawarkan ke pasaran tempatan.