Apple mungkin akan melakukan perubahan besar pada penggunaan nama iPhone untuk tahun 2027 untuk meraikan ulang tahun ke-20.

Menurut maklumat, Apple mungkin akan melangkau nombor ’19’ dan menggunakan nombor ’20’ sempena ulang tahun ke-20. Bermaksud, model baru untuk tahun 2027 akan dikenali sebagai iPhone 20, menandakan era baru dalam evolusi iPhone.
Bukan penggunaan nama sahaja yang berubah, iPhone 20 akan hadir dengan reka bentuk semula yang berani dan menarik. Siri iPhone 20 dijangka akan menjadi penanda aras baru untuk iPhone dari segi teknologi dan rekaan.
Selain itu, maklumat tersebut turut menyatakan tiada model iPhone 18 versi standard akan diperkenalkan pada tahun depan iaitu 2026. Sebaliknya, Apple akan memperkenalkan iPhone 18 Pro, iPhone 18 Air dan iPhone Fold pertama mereka.