Close

realme 15T akan tiba di Malaysia pada 30 Oktober ini

realme secara rasmi mengesahkan peranti baru mereka iaitu 15T akan tiba ke pasaran tempatan pada 30 Oktober ini.

Melalui perkongsian yang dibuat, memperlihatkan peranti ini hadir dengan rekaan yang nipis. Selain itu, peranti ini telahpun diperkenalkan lebih awal di pasaran India, namun tidak dapat dipastikan adakah spesifikasi sama yang digunakan atau sebaliknya.

Untuk pasaran India, realme 15T hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.57-inci dengan resolusi FHD+. Menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak sehingga 4000 nits. Dikuasakan dengan cip MediaTek Dimensity 6400 Max yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 2MP Kedalaman dan swafoto 50MP. Dimuatkan dengan kapasiti bateri yang besar 7000mAh yang menyokong pengecasan 60W. Peranti ini menjalankan sistem operasi realme UI 6.0 berasaskan Android 15.

Buat masa ini, tiada maklumat mengenai spesifikasi penuh dan harga jualan rasmi untuk pasaran tempatan. Seperti biasa, maklumat tersebut hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak.

ARTIKEL BERKAITAN