Qualcomm mengumumkan cip kelas pertengahan baru mereka iaitu Snapdragon 6s Gen 4. Hadir dengan peningkatan CPU dan GPU yang lebih berkuasa berbanding model sebelumnya.
Cip Snapdragon 6s Gen 4 dibina menggunakan teknologi 4nm yang dihasilkan oleh Samsung. Menggunakan konfigurasi lapan teras dengan empat teras prestasi berkelajuan 2.4GHz dan empat teras kecekapan berkelajuan 1.8GHz.

Menurut Qualcomm, cip ini menawarkan peningkatan prestasi sehingga 36% pada CPU dan 59% pada GPU berbanding generasi sebelumnya. Selain itu, GPU ini turut menyokong HDR Gaming dan serasi OpenGL ES 3.2, OpenCL 2.0 FP dan Vulkan 1.1. Qualcomm turut membawakan ciri Snapdragon Elite Gaming seperti Variable Rate Shading (VRS) dan Game Quick Touch.

Cip Snapdragon 6s Gen 4 ini menyokong skrin FHD+ dengan 144Hz, 5G mmWave, Wi-Fi 6E, Bluetooth 5.4 dan juga Snapdragon Sound. Untuk teknologi konfigurasi memori, ia menyokong 12GB RAM LPDDR5X (3200MHz) dan storan dalaman UFS 3.1.
Dari segi fotografi, cip ini mampu memuatkan sensor kamera sehingga 200MP dengan rakaman video sehingga 2K pada 30fps. Buat masa ini, tiada maklumat yang dikongsi mengenai peranti terawal yang akan menggunakan cip ini.