Close

Nothing Phone (3a) Lite akan diperkenalkan pada 29 Oktober ini

Phone (3a) Lite bakal menjadi peranti terbaru yang akan diperkenalkan oleh Nothing. Peranti tersebut akan diumumkan pada 29 Oktober ini, disahkan oleh Nothing melalui media sosial rasmi mereka.

Phone (3a) Lite akan diposisikan sebagai peranti kelas permulaan (entry level). Seperti namanya, peranti ini akan ditawarkan pada harga lebih mampu milik berbanding Nothing (3a).

Seiring dengan pengesahan itu, Nothing turut berkongsi rekaan awal peranti tersebut. Memperlihatkan ia hadir dengan rekaan panel belakang yang unik bersama dengan lampu LED. Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan adakah lampu LED tersebut sebahagian sistem Glpyh baru atau hanya sekadar lampu notifikasi.

Buat masa ini, tiada maklumat mengenai spesifikasi yang dikongsi oleh Nothing. Seperti biasa, maklumat tersebut hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak. Jadi, sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN