Aplikasi navigasi Apple Maps dijangka akan menyokong pengiklanan seawal tahun hadapan (2026).

Menurut laporan, Apple sedang mempertimbangkan untuk menyokong pengiklanan pada Apple Maps. Langkah tersebut dikatakan sebahagian daripada usaha Apple untuk mengembangkan perniagaan pengiklanan dalam ekosistem iOS.

Iklan pada Apple Maps akan dipaparkan seperti search ads di App Store. Bermaksud, pembangun mempunyai pilihan untuk membayar pada Apple bagi memaparkan aplikasi mereka berada di kedudukan teratas pada hasil carian dalam aplikasi navigasi.
Selain itu, Apple Maps dikatakan bakal hadir dengan antara muka yang lebih baik dan menarik berbanding aplikasi navigasi pesaing seperti Google Maps. Lebih menarik, Apple akan turut mengintergrasikan kecerdasan buatan (AI) bagi memastikan hasil carian dan paparan iklan lebih relevan dan berguna untuk pengguna.