Close

iQOO 15 bakal tiba ke pasaran global pada 26 November ini

Peranti andalan baru iQOO 15, bakal diperkenalkan secara rasmi untuk pasaran global pada 26 November ini di India.

Peranti ini telahpun dilancarkan lebih awal di China dan tidak dapat dipastikan adakah versi global akan menerima perubahan spesifikasi atau sebaliknya. Namun begitu, iQOO telahpun berkongsi peranti ini akan dilengkapi dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 dan sistem operasi OriginOS 6.

Untuk pasaran China, iQOO 15 hadir dengan skrin LTPO AMOLED bersaiz 6.85-inci, cip Snapdragon 8 Elite Gen 5, RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.1. Menggunakan tri-kamera belakang dengan bateri 7000mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar 100W dan 40W tanpa wayar.

iQOO 15 dijangka akan menjadi peranti andalan yang menarik untuk tahun ini berbanding model sebelumnya. Buat masa ini, tiada maklumat mengenai ketersediaan dan juga harga jualan. Seperti biasa, perkara tersebut akan diketahui pada acara pelancarannya kelak.

ARTIKEL BERKAITAN