Close

realme 15T kini boleh dibeli di Malaysia dengan harga bermula RM1199

realme secara rasmi mempekenalkan model ketiga dalam siri realme 15 iaitu realme 15T. Model ini lebih memfokuskan kepada keseimbangan prestasi dan juga ketahanan bateri yang mampu bertahan sepanjang hari.

realme 15T hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.57-inci dengan resolusi FHD+. Menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak sehingga 4000 nits. Dikuasakan dengan cip MediaTek Dimensity 6400 Max yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman 256GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 2MP Kedalaman dan swafoto 50MP. Dimuatkan dengan kapasiti bateri yang besar 7000mAh yang menyokong pengecasan 60W. Peranti ini menjalankan sistem operasi realme UI 6.0 berasaskan Android 15.

realme 15T hadir dengan rekaan yang nipis dengan 7.79mm dan ringan iaitu sekitar 181gram sahaja. Spesifikasi lain yang turut hadir seperti penarafan IP66/68/69, pengimbas cap jari bawah skrin, NFC dan menyokong pelbagai fungsi yang dikuasakan oleh AI.

Di Malaysia, realme 15T ini dijual pada harga bermula RM1199 untuk 8GB + 256GB dan RM1299 untuk 12GB + 256GB. Ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Flowing Silver dan Suit Titanium. Bagi yang berminat, peranti ini boleh didapatkan di semua pengedar rasmi realme Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN