Close

Proton e.MAS 5 kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM60K

Kenderaan elektrik (EV) kedua dari Proton iaitu e.MAS 5 kini ditawarkan secara rasmi ke pasaran tempatan. Proton e.MAS 5 ini tersedia dalam 2 pilihan varian iaitu Prime dan Premium.

Proton e.MAS 5 merupakan EV mampu milik dari Proton, tampil dengan rekaan kompak yang sesuai untuk pemanduan bandar. Kedua-dua model hadir dengan spesifikasi yang hampir sama cuma dibezakan dengan kapasiti bateri dan juga beberapa ciri serta kelengkapan.

Gambar : Proton EMAS Official

Untuk Proton e.MAS Premium, ia hadir dengan bateri CATL LFP 40.16 kWh yang menawarkan jarak gerak sehingga 325km (WLTP). Menyokong pengecasan pantas DC 71 kW yang mampu mengecas dari 30% hingga 80% dalam masa 21 minit. Selain itu, ia mampu memecut dari 0 ke 50 km/j hanya dalam 3.9 saat dengan tork 150 Nm.

Manakala untuk Proton e.MAS Prime, ia dimuatkan dengan bateri CATL LFP 30.12 kWh yang menawarkan jarak gerak sekitar 225 km (WLTP). Turut menyokong pengecasan pantas DC 71 kW yang mampu mengecas dari 30% hingga 80% dalam masa 21 minit.

Proton e.MAS 5 turut dilengkapi dengan skrin inforia bersaiz 14.6-inci dengan resolusi FHD menyokong Apple CarPlay dan Android Auto. Selain itu, EV ini hadir dengan sistem keselamatan ADAS Tahap 2, ruang bonet 375L , powered tailgate dan lain-lain.

Proton e.MAS 5 versi Prime dijual pada harga RM59,800, sementara untuk versi Premium ia dijual pada harga RM72,800. Setiap pembelian didatangkan dengan jaminan selama 6 tahun tanpa sebarang had perbatuan dan jaminan bateri serta komponennya selama 8 tahun atau 160,000 km jarak perbatuan.

Seiring dengan ketibaanya, Proton menawarkan rebat RM3000 sehingga akhir tahun ini. Selepas rebat, harga jualan untuk e.MAS versi Prime adalah RM 56,800 dan RM 69,800 untuk versi Premium.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN