YouTube memperkenalkan ciri baru yang membolehkan kualiti video beresolusi rendah ditingkatkan secara automatik.

Ciri ini menggunakan kecerdasan buatan (AI) bagi membolehkan video dengan resolusi Standard Defitnation (SD) ditingkatkan kepada High Defination (HD). Untuk permulaan, YouTube akan memfokuskan kepada kualiti HD sebelum menyokong kepada kualiti lebih tinggi iaitu 4K.
Buat masa ini, ciri ini telahpun tersedia pada TV pintar yang akan memaparkan label ‘Super Resolution’ apabila diaktifkan. Pencipta kandungan turut diberikan pilihan untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan ciri tersebut.

Selain itu, YouTube turut membawakan beberapa lagi ciri baru seperti had saiz fail untuk thumbnail ditingkatkan dari 2MB kepada 50MB, ‘immersive previews’ membolehkan pengguna melihat pratonton dengan lebih interaktif pada halaman utama dan ‘shows’ membolehkan pencipta menyusun video dalam koleksi bersiri.