Close

realme GT 8 Pro akan tiba ke pasaran global pada November ini

realme mengumumkan peranti andalan mereka iaitu GT 8 Pro akan memasuki pasaran global pada November ini, malangnya tiada tarikh rasmi yang dikongsi ketika ini.

Berbeza dengan pasaran China yang tersedia dalam dua pilihan model GT 8 dan GT 8 Pro. Untuk pasaran global, hanya satu pilihan model sahaja yang akan ditawarkan iaitu GT 8 Pro. Seiring dengan ketibaanya, realme turut berkongsi beberapa maklumat mengenai peranti ini.

realme GT 8 Pro akan dikuasakan dengan cip terbaru dari Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Elite Gen 5. Menurut realme, skor antutu peranti mampu mencecah sehingga 4,000,000. Perkara menarik mengenai peranti, ia hadir dengan sistem kamera Ricoh dan rekaan modul kamera yang boleh ditukar.

Tidak dapat dipastikan adakah peranti ini menggunakan spesifikasi yang sama seperti pasaran China atau sebaliknya. Seperti biasa, maklumat terperinci mengenai peranti ini hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak.

ARTIKEL BERKAITAN