iQOO secara rasmi memperkenalkan peranti baru mereka iaitu Neo11 untuk pasaran China. Hadir dengan pelbagai peningkatan merangkumi spesifikasi yang lebih berkuasa dan rekaan yang lebih menarik.

iQOO Neo11 hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.82-inci dengan resolusi 2K dan menyokong paparan 144Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 4.1.

Untuk fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP Sony LYT700V (OIS) + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 16MP. Dimuatkan dengan kapasiti bateri lebih besar 7500mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W.

Peranti ini turut hadir dengan cip Q1 yang menjanjikan pengalaman permainan yang lebih baik. Selain itu, ia turut hadir dengan sistem penyejukan 8K VC Cooling Chamber untuk pengurusan haba yang lebih baik. Spesifikasi lain yang turut ditawarkan seperti WiFi 7, pengimbas cap jari bawah skrin, penarafan IP68/IP69 dan menjalankan sistem operasi OriginOS 6 berasaskan Android 16.
Untuk pasaran China, iQOO Neo11 dijual pada harga bermula sekitar CNY2599 (RM1531) untuk 12GB + 256GB dan mencapai sehingga CNY2999 (RM1768) untuk 12GB + 512GB. Ditawarkan dengan empat pilihan warna iaitu Light White, Pixel Orange, Facing the Gale dan Shadow Black.