vivo akhirnya membawa dua peranti andalan baru mereka iaitu X300 dan X300 Pro ke pasaran global. Sebelum ini, kedua-dua peranti tersebut hanya tersedia untuk pasaran China sahaja.

Kedua-dua peranti ini hadir dengan spesifikasi yang hampir sama seperti di China, namun untuk pasaran global ia hadir dengan kapasiti bateri yang lebih kecil. Untuk X300 Pro, ia dilengkapi dengan skrin 8T LTPO bersaiz 6.78-inci dengan paparan 120Hz dan menyokong HDR10+.
Dikuasakan dengan cip Dimensity 9500 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 1TB. Dari segi fotografi, X300 Pro dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP Sony LYT-828 + 50MP Samsung JN1 + 200MP Telefoto Samsung HPB dan swafoto 50MP.
Dimuatkan dengan bateri 5440mAh yang menyokong pengecasan 90W berwayar dan 40W tanpa wayar. Sebagai perbandingan, kapasiti bateri X300 Pro di China adalah lebih 6510mAh.

Manakala untuk X300, ia hadir dengan skrin LTPO bersaiz 6.31-inci dengan paparan 120Hz dan menyokong Dolby Vision. Turut dikuasakan dengan cip Dimensity 9500 yang digabungkan dengan 16GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB.
Turut dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 200MP + 50M Ultra Lebar + 50MP Telefoto dengan 3x zum optik dan swafoto 50MP. Dimuatkan dengan kapasiti bateri yang lebih kecil 5360mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar 90W dan 40W tanpa wayar. Di China, kapasiti bateri untuk X300 adalah 6040mAh.

Spesifikasi lain yang turut dimuatkan seperti pengimbas cap jari ultrasonik, penarafan IP68/IP69, Wi-Fi 6, Bluetooth 6.0, pembesar suara jenis stereo dan menjalankan sistem operasi OriginOS 6 yang berasaskan Android 16.
Siri vivo 300 dijangka akan turut tiba ke pasaran Malaysia selepas dikesan melepasi pengesahan SIRIM Malaysia.